AL-SAMAHAH DALAM ILMU HADIS DIRAYAH

Authors

  • A. Irwan Santeri Doll Kawaid Universiti Sains Islam Malaysia
  • Zulhilmi Mohamed Nor Universiti Sains Islam Malaysia
  • Shumsudin Yabi Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Al-Samahah adalah salah satu prinsip yang penting dalam Islam. Prinsip tersebut mencerminkan agama Islam sebagai agama yang mudah dan meraikan keutamaan dan kemudahan. Namun ia sama sekali tidak bermaksud bahawa agama Islam itu sebuah agama yang tidak mempunyai ketegasan, tetapi menggambarkan bahawa agama Islam adalah sebuah agama yang relevan yang meraikan keadaan. Prinsip tersebut telah diaplikasikan oleh ulama Islam bukan sahaja dalam cara beragama, malah dalam semua perkara berkaitan agama sehingga ke dalam disiplin ilmu. Ilmu Hadis adalah antara disiplin ilmu Islam yang tidak terkecuali mengaplikasikan konsep al-Samahah. Disiplin ilmu ini mempunyai beberapa syarat yang ketat dalam penerimaan sesuatu hadis. Namun begitu, di sebalik syarat-syarat yang ketat tersebut, terdapat beberapa keadaan yang menunjukkan bahawa disiplin ilmu ini mengaplikasikan prinsip al-Samahah. Kertas kerja ini cuba mengupas aspek al-Samahah yang terdapat di dalam Ilmu Hadis Dirayah dengan membawakan beberapa contoh berkaitan dengannya.

Downloads

Published

11/01/2016

How to Cite

Doll Kawaid, A. I. S., Mohamed Nor, Z., & Yabi, S. (2016). AL-SAMAHAH DALAM ILMU HADIS DIRAYAH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (5th), 1–10. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/1

Issue

Section

Articles