KEBERKESANAN MAJLIS SULH DAN METODE YANG DIGUNAKAN DALAM PENYELESAIAN KESKES DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA KANGSAR (MRSKK)

Authors

  • Mifzal Azman, A.
  • Mustaqim Roslan, M.

Abstract

Majlis Sulh merupakan sesi alternatif yang diwujudkan di Mahkamah Syariah dalam mempercepatkan penyelesaian lambakan kes yang didaftarkan. Proses sulh ini berfungsi membincangkan pertikaian-pertikaian yang dibangkitkan oleh pihak-pihak, sebelum perjanjiandisediakan oleh Pegawai Sulh sekiranya pihak-pihak telah mendapat persetujuan terhadap pertikaian secara damai. Uniknya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Kangsar (MRSKK) ini, sebanyak 85% kes yang didaftarkan di mahkamah telah dilaporkan berjaya diselesaikan di peringkat Majlis Sulh. Hal ini sekali gus memudahkan urusan penghakiman apabila perjanjian penyelesaian telah ditandatangani oleh pihak-pihak diendors oleh Yang Arif Hakim sebagai satu perintah mahkamah tanpa perbicaraan panjang. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis kes-kes yang berjaya di peringkat Majlis Sulh dan metode keberkesanan proses sulh dalam menyelesaikan kes-kes tersebut. Falsafah disebalik kajian ini adalah interpretif dengan pendekatan kajian kes sebagai strategi kajian. Reka bentuk kualitatif diadaptasikan dalam kajian ini dengan gabungan kaedah analisis dokumen, pemerhatian dan temu bual separa berstruktur melibatkan Pegawai Sulh dan pegawai-pegawai di MRSKK. Setelah data dokumen dan data temu bual diperoleh, kaedah analisis kandungan dokumen digunakan sekali lagi dalam proses menganalisis data-data ini yang mana hasilnya dikategorikan mengikut kaedah tematik. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat tiga kes tertinggi yang berjaya melalui Majlis Sulh dan dua metode yang berjaya digunakan dalam proses sulh di MRSKK. Kajian lanjutan diperlukan untuk melihat metode yang sesuai digunakan bagi menyelesaikan kes-kes lain dalam Majlis Sulh.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Mifzal Azman, A., & Mustaqim Roslan, M. (2024). KEBERKESANAN MAJLIS SULH DAN METODE YANG DIGUNAKAN DALAM PENYELESAIAN KESKES DI MAHKAMAH RENDAH SYARIAH KUALA KANGSAR (MRSKK). International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 146–163. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/204

Issue

Section

Articles