MUHAMMAD IBNU YUSUF AL JAZARI: SUMBANGAN BELIAU DALAM BIDANG HADITH

Authors

  • Muhammad Zubair Bin Md Sah
  • Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohammad
  • Dr Mohd Nor Adzhar Ibrahim

Abstract

Muhammad Ibn Yusuf Al-Jazari, lebih dikenali sebagai Imam Ibn Al-Jazari, adalah seorang ulama besar pada kurun ke-8 hijrah dan karyanya menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Beliau masyhur sebagai seorang qurra’ kerana dedikasinya dalam bidang al-Qurʾan iaitu qira'at dan tajwīd, bahkan juga menjadi seorang muhaditthīn. Peranan dan sumbangan beliau dalam bidang hadith juga turut menjadi tumpuan oleh penuntut ilmu serta sarjana moden. Objektif artikel ini adalah untuk mengfokuskan sumbangan Ibn Al-Jazari dalam bidang hadith serta mengupas beberapa isi kandungan yang penting di dalam setiap karya beliau dalam bidang tersebut. Hal ini kerana aspek ini sering kali dialpakan dalam biografi beliau. Kaedah pengumpulan data adalah melalui metod penyelidikan kepustakaan. Kajian tidak tertumpu kepada semua karya beliau yang berjumlah 75 kitab tetapi dikhususkan kepada karya beliau dalam bidang hadith yang berjumlah 19 karya. Kesimpulannya, Ibn Al Jazari merupakan ulama’ dalam bidang al-Qurʾan yang banyak jasanya sehingga hari ni, namun tidak terhenti di dalam satu bidang ilmu sahaja, beliau turut menguasai bidang ilmu hadith, malahan mempunyai beberapa karya berkaitan ilmu tersebut. Oleh itu, beliau diikitiraf antara ulama’ yang memberikan sumbangan signifikan dalam dua disiplin ilmu Islam yang berkaitan, iaitu ilmu qira'at dan hadith.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Muhammad Zubair Bin Md Sah, Prof. Madya Dr. Khairul Anuar Mohammad, & Dr Mohd Nor Adzhar Ibrahim. (2024). MUHAMMAD IBNU YUSUF AL JAZARI: SUMBANGAN BELIAU DALAM BIDANG HADITH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 164–174. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/205

Issue

Section

Articles