SOROTAN LITERATUR ASMAUL HUSNA DALAM HADITH

Authors

  • Syaza Athirah Sailan @ Sazali
  • Nurul Asiah Fasehah Muhamad
  • Mohd Nur Adzam Rasdi

Abstract

Asmaul Husna merupakan himpunan nama-nama Allah S.W.T yang indah dan mulia. Kalimah-kalimah Asmaul Husna banyak terkandung di dalam Quran dan Hadith yang kesemuanya mempunyai makna yang tersendiri. Beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah S.W.T. adalah salah satu rukun dan asas di dalam akidah atau tauhid. Sesiapa yang tidak mempercayai atau beriman dengannya akan terkeluar daripada agama Islam. Penghayatan dan makrifah serta meyakini akan nama-nama Allah S.W.T. yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai seorang Muslim kerana ia akan memberi banyak manfaat kepada diri kita untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. dan beriman kepadaNya. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis Asmaul Husna yang terdapat di dalam Hadith berdasarkan sorotan literatur. Kajian ini adalah kajian kualitatif dengan menggunakan protokol analisis dokumen bagi mencapai objektif kajian. Hasil kajian mendapati bahawa kalimah-kalimah Asmaul Husna banyak disebutkan di dalam Hadith, dan penghayatan terhadap Asmaul Husna dalam kehidupan seorang Muslim akan meningkatkan kualiti diri Muslim dari pelbagai aspek seperti akidah, ibadah dan tasawwuf.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Syaza Athirah Sailan @ Sazali, Nurul Asiah Fasehah Muhamad, & Mohd Nur Adzam Rasdi. (2024). SOROTAN LITERATUR ASMAUL HUSNA DALAM HADITH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 188–194. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/207

Issue

Section

Articles