KITAB MUKHTASAR AL-TARGHIB WA TARHIB IBNU HAJAR AL-ASQALANI: TEKNIK PENASIHATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA, JABATAN AGAMA ISLAM PERAK

Authors

  • Noor Mumtazah binti Hashim
  • Junainah Hanim binti Mohamed Nor

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina garis panduan ringkas penasihatan melalui Kitab Mukhtasar Al-Targhib Wa Tarhib oleh karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani merupakan kitab hadith tersohor di mata ulama hadith. Selanjutnya dalam kajian ini juga akan mengupas bagaimana teknik penasihatan yang telah digunapakaikan oleh pegawai Khidmat Nasihat dalam pengendalian masalah yang melibatkan krisis rumah tangga bagi setiap aduan yang telah didaftarkan melalui Unit Runding Cara, Bahagian Pembangunan Keluarga, Jabatan Agama Islam Perak. Data diperolehi melalui sesi temu bual bersama 27 orang pegawai Khidmat
Nasihat di Pejabat Agama Daerah Negeri Perak. Pendekatan kajian ini akan lebih memberi idea dan pandangan secara ilmiah melalui kitab Mukhtasar Al-Targhib Wa Tarhib oleh karangan Ibnu Hajar Al-Asqalani. Secara tidak langsung melalui garis panduan ini menjadi pedoman kepada klien yang terlibat agar boleh membendung kenaikan kadar peratusan penceraian setiap tahun.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Noor Mumtazah binti Hashim, & Junainah Hanim binti Mohamed Nor. (2024). KITAB MUKHTASAR AL-TARGHIB WA TARHIB IBNU HAJAR AL-ASQALANI: TEKNIK PENASIHATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KELUARGA, JABATAN AGAMA ISLAM PERAK. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 195–210. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/208

Issue

Section

Articles