PENGAPLIKASIAN KAEDAH HADIS TEMATIK DALAM PEMBINAAN ISI KANDUNGAN RISALAH DAKWAH

Authors

  • Aida Hartini Nan
  • Siti Fazidatul Zahariah Mat Saleh
  • Sakinah Abdul Mokti
  • Saadiah Mohd
  • Sharifah Nurulhuda S Ab Latif

Abstract

Risalah dakwah adalah merupakan salah satu rukun dalam dakwah yang harus dititik beratkan terutama dalam memilih kandungan yang bersesuaian dengan keperluan sasaran dakwah. Kandungan risalah dakwah yang baik perlu disertakan dengan hujah berdasarkan dalil-dalil tertentu yang menepati tema risalah tersebut. Justeru, kajian ini dilakukan bagi meneliti tentang
konsep ilmu hadith tematik serta kesesuain pengaplikasian kaedah hadis tematik dalam pembinaan isi kandungan risalah dakwah. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan metode analisis kandungan sebagai instrumen pengumpulan data dan penganalisisan data melalui pengkelasan tema dan deskripsi. Hasil kajian mendapati wujud kesesuaian pengaplikasian melalui tujuh (7) langkah umum hadis tematik dalam menghasilkan isi kandungan risalah dakwah yang benar dan tepat. Kesesuaian tersebut diringkaskan kepada enam (6) proses iaitu penetapan tajuk dan tema risalah dakwah, pengumpulan isi penting yang berkaitan dengan tajuk dan tema, penapisan isi-isi penting berlandaskan skop, membentuk teknik-teknik yang menarik dalam persembahan kandungan risalah, penggunaan bahasa dalam risalah yang mampu menjaga kreadibiliti seorang pendakwah dan akhir sekali kesimpulan atau rumusan yag mampu memberi motivasi. Implikasi kajian ini diharap mampu memberi pemahaman yang jelas kepada pendakwah tentang pentingnya kaedah dan etika dalam menghasilkan kandungan risalah dakwah yang baik.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Aida Hartini Nan, Siti Fazidatul Zahariah Mat Saleh, Sakinah Abdul Mokti, Saadiah Mohd, & Sharifah Nurulhuda S Ab Latif. (2024). PENGAPLIKASIAN KAEDAH HADIS TEMATIK DALAM PEMBINAAN ISI KANDUNGAN RISALAH DAKWAH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 211–220. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/209

Issue

Section

Articles