PENGGUNAAN LOGIK AKAL DALAM KRITIK MATAN HADITH: DARI MUꜥTAZILAH KE WACANA ISLAM LIBERAL KONTEMPORARI

Authors

  • Muhammad Taufiq Amat Famsir @ Amat Tamsir
  • Faisal Ahmad Shah
  • Norazam Khair Mohd Ithnin

Abstract

Artikel ini meneliti peranan akal dalam kritik matan hadith dari perspektif ilmuwan hadith, dengan tumpuan khusus pada bagaimana penggunaan akal dalam menilai kesahihan sesuatu hadith telah diterima oleh para ilmuwan sepanjang sejarah. Islam mengiktiraf akal sebagai salah satu sumber epistemologi yang penting di samping wahyu. Namun demikian, penggunaan akal beserta praktikal serta limitasinya masih kurang dibincangkan dalam konteks kritik matan hadith. Kajian ini bermula dengan perbahasan mengenai definisi dan konsep akal, serta kedudukannya dalam Islam, diikuti dengan perbincangan wacana pertembungan antara akal dan wahyu. Metodologi kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif, dengan kaedah pengumpulan data melalui dokumentasi terhadap sumber-sumber primer dan sekunder. Analisis kandungan dilakukan terhadap karya-karya utama ilmuwan semisal Ibn al-Jawzī dan Ibn Qayyim al-Jawzīyyah, serta menyoroti pendekatan rasionalisme oleh aliran klasik seperti Muꜥtazilah dan aliran pemikiran kontemporari seperti Madrasah ꜥAqliyyah dan Islam Liberal. Kajian ini juga mengemukakan contoh-contoh praktikal di mana penggunaan akal yang melampaui batas dalam kritik matan hadith, mendatangkan kesimpulan yang menyeleweng. Penemuan kajian menunjukkan bahawa walaupun akal diiktiraf sebagai alat penting dalam memahami dan menilai hadith, ia mesti diimbangi dengan wahyu untuk mengelakkan penyelewengan dan bermudah-mudah dalam menolak sesuatu hadith. Kesederhanaan dalam penggunaan akal adalah penting bagi memastikan integriti dan kesucian hadith terpelihara. Kajian ini mencadangkan pendekatan yang lebih seimbang dalam penggunaan akal sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh ilmuwan Islam bagi menjaga keaslian ajaran Islam dan menyokong kajian hadith yang lebih objektif dan sahih.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Muhammad Taufiq Amat Famsir @ Amat Tamsir, Faisal Ahmad Shah, & Norazam Khair Mohd Ithnin. (2024). PENGGUNAAN LOGIK AKAL DALAM KRITIK MATAN HADITH: DARI MUꜥTAZILAH KE WACANA ISLAM LIBERAL KONTEMPORARI. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 221–237. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/210

Issue

Section

Articles