USAHA ULAMA HADITH MUTAQADDIMIN DALAM MENGEKANG PENYEBARAN HADITH PALSU

Authors

  • Muhammad Shamel Bin Abd Rahman
  • Amiruddin Mohd Sobali

Abstract

Kekacauan yang berlaku dalam kalangan umat Islam adalah disebabkan penyebaran hadith palsu. Hal ini kerana atas faktor politik, taksub mazhab, ghuluw dalam ibadah serta mengejar populariti dalam kalangan masyarakat awam. Sehubungan dengan itu, hadith palsu dalam kalangan agamawan dan penceramah masih lagi berlaku. Hal ini kerana, mereka mengambil sikap sambil lewa dalam menyebarkan perkara yang tidak benar daripada nabi Muhammad S.A.W. Rentetan itu, setelah kewafatan baginda Rasulullah S.A.W, munculnya para ulama hadith yang berusaha mengekang penyebaran hadith palsu dalam kalangan masyarakat. Pelbagai usaha yang dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut pada zaman mereka. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif dan data kajian diperolehi daripada artikel jurnal, buku dan laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk kajian. Hasil kajian ini adalah, penulis akan meninjau usaha-usaha ulama hadith dalam mengekang penyebaran hadith palsu
pada zaman periwayatan hadith. Diharap kajian ini akan menjadi panduan pemerintah, badan autoriti agama dalam mengambil tindakan proaktif terhadap penyebar hadith palsu.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Muhammad Shamel Bin Abd Rahman, & Amiruddin Mohd Sobali. (2024). USAHA ULAMA HADITH MUTAQADDIMIN DALAM MENGEKANG PENYEBARAN HADITH PALSU. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 238–247. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/211

Issue

Section

Articles