FIQH AL-HADITH DI SISI AL-‘ASQALANI DALAM KITAB BULUGH AL-MARAM BERKAITAN ISU RIBA

Authors

  • Mohd Farouq Nukman Zamri
  • Mohamad Faizal Abd Rahman
  • Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad

Abstract

Sebahagian ilmuan Islam mengakui bahawa perbahasan berkaitan riba adalah di antara bab yang rumit dalam perbahasan ilmu fiqah. Al-Quran dan sunah adalah dua sumber utama dalam proses pengeluaran sesuatu hukum fiqah, termasuk hukum berkaitan riba. Antara kitab hadis hukum yang sering dijadikan rujukan oleh para ilmuan adalah kitab Bulugh al-Maram karangan al-‘Asqalani. Walau bagaimanapun, kitab ini hanya mengumpul matan-matan hadis tanpa diperincikan dengan perbahasan fiqah. Justeru, artikel ini bertujuan mengenal pasti fiqh al-hadith di sisi al-‘Asqalani dalam kitab Bulugh al-Maram berkaitan isu riba. Kajian ini sepenuhnya berasaskan kepada reka bentuk kualitatif. Kaedah pengumpulan datanya pula bersandarkan kepada kaedah analisis dokumen menerusi pembacaan terhadap bab al-riba dalam kitab Bulugh al-Maram karangan al-‘Asqalani. Seterusnya, data yang diperoleh dianalisis melalui pendekatan analisis tematik dengan menjuruskan hadis-hadis dalam bab alriba mengikut tema berdasarkan fiqh al-hadith bagi hadis-hadis tersebut. Kajian ini mendapati fiqh al-hadith di sisi al-‘Asqalani dalam kitab Bulugh al-Maram berkaitan isu riba boleh diklasifikasikan kepada lapan tema yang secara umumnya boleh dibahagikan pula kepada tiga kategori iaitu (1) ancaman terhadap dosa riba, (2) konsep dan operasi riba, dan (3) akad yang berkaitan dengan riba secara tidak langsung.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Mohd Farouq Nukman Zamri, Mohamad Faizal Abd Rahman, & Ahmad Haiqal Fitri Ahmad Fuad. (2024). FIQH AL-HADITH DI SISI AL-‘ASQALANI DALAM KITAB BULUGH AL-MARAM BERKAITAN ISU RIBA. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 248–257. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/212

Issue

Section

Articles