METODOLOGI DALAM MEMAHAMI HADIS
Abstract
Secara epistemologis, hadis dipandang oleh majoriti umat Islam sebagai sumber ajaran Islam kedua setelah al-Quran sebab ia merupakan bayan (penjelas), terhadap ayat-ayat al-Quran yang masih mujmal (global), ‘am (umum) dan yang mutlaq (tanpa batasan). Namun, sejauh manakah tahap kendiri hadis dapat berfungsi sebagai penetap (muqarrir) suatu hukum yang belum
ditetapkan oleh al-Quran. Hadis sebagai sumber kedua, oleh itu kajian ini bertujuan mengkaji yang berkaitan tentang kritik pembawa hadis atau kata-kata hadis (sanad dan matan) mahupun metodologi pemahaman (syarah) hadis itu sendiri seperti metode tahlili (analisis), metode ijmali (umum) dan metode muqarin (komparatif). Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah
analisis kandungan serta dianalisis secara deskriptif. Hasil daripada kajian ini turut merumuskan kelebihan dan kekurangan dalam mengukuhkan metodologi dalam ilmu hadis.