PENDEKATAN IBNU ADEL AL-HAMBALI (WAFAT 880H) DALAM PENGGUNAAN HADIS DI DALAM KITABNYA AL-LUBAB FI ULUM AL-KITAB: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-DHUHA

Authors

  • Ahmad Kamel Mohamed
  • Amran Abdul Halim
  • Syed Ahmad Termizi Syed Omar
  • Abdulloh Soleh

Abstract

Artikel ini akan membicarakan tentang pendekatan Ibnu Adel al-Hanbali dalam mengemukakan Hadis di dalam kitab tafsirnya, al-Lubab Fi Ulum al-Kitab. Penulis akan menghuraikan dengan terperinci metode yang diadopsi oleh Ibnu Adel serta meneliti peranan Hadis sebagai sumber rujukan dan argumen dalam interpretasi al-Quran yang beliau kemukakan dalam kitab beliau. Artikel ini juga berusaha untuk mengaitkan metode yang digunakan oleh Ibnu Adel dengan keperluan pentafsir kontemporer dalam karya mereka. Pemilihan kitab al-Lubab sebagai subjek kajian ini dilakukan kerana kitab ini merupakan sebuah KITAB tafsir yang besar dengan jumlah 20 jilid. Ini menunjukkan bahawa penulisnya adalah seorang ulama terkemuka pada masanya, meskipun kurang dikenali di rantau ini. Fokus artikel ini adalah pada surah al-Dhuha, untuk menilai sejauh mana Ibnu Adel menggunakan Hadis sebagai argumen beliau. Kajian mendapati bahawa Ibnu Adel mementingkan penggunaan hadis sebagai hujah dan sumber dalam mengarang kitab tafsirnya ‘al-Lubab Fi Ulum al-Kitab’ akan tetapi beliau tidak konsisten dalam menyandarkan hadis kepada perawi yang terdekat atau dikenali sebagai rawi a’la di kalangan sahabat. Beliau tidak menyandarkan hadis-hadis tersebut dengan sanad yang sempurna sebagaimana yang dilakukan oleh ulamakulamak hadis serta tidak menyatakan status hadis samada saheh, dhaif ataupun mungkar. Beliau juga banyak mengambil pendapat-pendapat ulamak dari kitab-kitab yang beliau rujuk tanpa ada penjelasan lanjut.

Downloads

Published

12/10/2024

How to Cite

Ahmad Kamel Mohamed, Amran Abdul Halim, Syed Ahmad Termizi Syed Omar, & Abdulloh Soleh. (2024). PENDEKATAN IBNU ADEL AL-HAMBALI (WAFAT 880H) DALAM PENGGUNAAN HADIS DI DALAM KITABNYA AL-LUBAB FI ULUM AL-KITAB: KAJIAN TERHADAP SURAH AL-DHUHA. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 303–317. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/218

Issue

Section

Articles