ANALISA HADITH DALAM KITAB DUA RISALAH ILMU QIRAAT KARANGAN SYEIKH NUH JAMALUDDIN AL-KELANTANI
Abstract
Syeikh Nuh Jamaluddin al-Kelantani adalah tokoh al-Quran yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan pengajian Quran di Malaysia. Beliau telah menghasilkan beberapa karya penulisan dalam ilmu Tajwid dan QIraat. Hasil penulisan beliau ini masih dibuat kajian dan sebahagiaannya masih digunakan dalam pengajian. Objektif penulisan ini adalah untuk melihat
hadith yang terdapat dalam karyanya Dia Risalah Dalam Ilmu Qiraat. Penulisan ini akan membuat takhrij hadith dengan melihat pendapat ulamak hadith terhadap status hadith tersebut. Metode kajian ini adalah dalam bentuk kepustakaan dan dan dapatannya dianalisa. Kajian ini mendapati terdapat lima hadith yang ditulis dalam buku Dua Risalah Ilmu Qiraat. Dari lima
hadith tersebut terdapat hadith yang sahih, daif dan munkar.