PENDAFTARAN PERKAHWINAN: IMPLIKASI TERHADAP STATUS TARAF KELAHIRAN ANAK

Authors

  • Amirah Mursyidah Zainalabidin
  • Zul-kifli Hussin

Abstract

Perkahwinan yang dianjurkan Islam antara lain bertujuan untuk mengawal hawa nafsu di samping mampu menutup jalan-jalan kemaksiatan seperti zina, khalwat dan sumbang mahram. Dari sudut perundangan, setiap pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan dikehendaki mendapatkan kebenaran daripada Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) kawasan masing-masing. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pasangan mengambil jalan pintas dengan melangsungkan perkahwinan di luar negara tanpa kebenaran atau dikenali sebagai kahwin lari. Kahwin lari lazimnya berpunca daripada perkahwinan poligami yang mendapat tentangan daripada isteri sedia ada dan perkahwinan yang tidak mendapat restu kedua ibu bapa masing-masing. Perkahwinan yang sedemikian sering mengundang permasalahan yang berpanjangan lantaran kelewatan dan keenggananpasangan untuk mendaftar semula perkahwinan mereka di dalam negara. Pelbagai alasan yang bersifat peribadi untuk tidak mendaftarkan perkahwinan akhirnya mengundang pelbagai masalah khususnya kepada institusi kekeluargaan dan pentadbiran institusi agama di Malaysia. Justeru, kertas kerja ini berhasrat untuk melihat implikasi pendaftaran perkahwinan terhadap status taraf kelahiran anak yang bakal dilahirkan. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini lebih sesuai menggunakan pendekatan kualitatif dengan sokongan data daripada analisis dokumen dan protokol temu bual bersama informan. Data kajian seterusnya akan dianalisis dan dipersembahkan secara deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak kesan sampingan yang akan timbul rentetan dari kegagalan dan keengganan ibu bapa mendaftarkan perkahwinan terutamanya dari aspek status anak tersebut dan keadaan ini akan menimbulkankonflik-konflik yang lain sama ada  jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Kajian mencadangkan satu hukuman yang lebih tegas dikenakan terhadap pasangan yang secara sengaja enggan mendaftarkan perkahwinan mereka kerana ia menjejaskan imej agama dan menjejaskan pertumbuhan emosi anak-anak.

Downloads

Published

12/11/2024

How to Cite

Amirah Mursyidah Zainalabidin, & Zul-kifli Hussin. (2024). PENDAFTARAN PERKAHWINAN: IMPLIKASI TERHADAP STATUS TARAF KELAHIRAN ANAK. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 326–339. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/220

Issue

Section

Articles