SANAD PENGAJIAN AL-QURAN: SUATU PERBINCANGAN AWAL
Abstract
Dalam kalangan masyarakat Islam, pengajian al-Quran yang mempunyai sanad sangatlah dihormati. Di Malaysia mahupun di luar negara, ulama bidang al-Quran diberikan penghormatan yang tinggi. Mereka mengajarkan Al-Quran kepada masyarakat dan menghubungkan rantaian sanad sehingga Rasulullah saw. Sanad adalah budaya pengajian sejak generasi yang di namakan salaf al salih sebagai pembuktian dan perakuan ikatan antara guru dan murid. Ia menjadi kaedah dan budaya hingga ke zaman ini. Budaya pengajian seperti ini adakah suatu tuntutan atau keperluan? Ini adalah subjek perbincangan artikel ini.