AL-QARĀIN MENURUT HĀTIM AL-AWNĪ: KAJIAN TERHADAP METODOLOGI DAN APLIKASI DALAM MUQARRAR AL-TAKHRĪJ

Authors

  • Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi

Abstract

Perselisihan dalam penentuan status hadith dalam wacana kritik hadith disebabkan perbezaan aliran dalam kalangan tokoh-tokoh hadith. Antara polemik utama yang berlaku adalah berkenaan metodologi kritik hadith yang digunakan. Iḥyā’ Manhaj al-Mutaqaddimīn (IMM) muncul sebagai sebuah aliran baru dalam wacana ini dan seorang daripada tokoh aliran ini ialah Ḥātim al-ʿAwnī ada membahaskan isu al-qarā’in dalam kritik hadith. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran Hātim al-Awnī terhadap perbincangan al-qarā’in berdasarkan karya beliau Muqarrar al-Takhrīj wa Manhaj al-Hukm ‘alā al-Ḥadīth. Kajian ini bukan sahaja menyumbang kepada pemahaman yang lebih mendalam terhadap metodologi IMM, tetapi juga menyediakan asas untuk kajian lanjut tentang aplikasi al-qarā’in dalam wacana kritik hadith,yang mana ia berpotensi mempengaruhi metodologi kritik hadith yang digunakan oleh pengkaji kontemporari. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif berdasarkan analisis dokumentasi sebagai pengumpulan data dan analisis kandungan sebagai metode analisis data. Kajian ini mendapati Ḥātim al-ʿAwnī telah membincangkan mengenai metodologi dan aplikasi al-qarā’in dalam beberapa topik perbincangan iaitu penentuan perawi muhmal, pensabitan sama’ perawi dan penentuan riwayat tadlīs perawi. Hasilnya, kajian menyenaraikan setiap bentuk al-qarā’in yang dikeluarkan oleh Hātim al-Awnī serta menganalisisnya. Justifikasinya, kajian ini mencadangkan sebuah kajian lanjutan bagi mengenal pasti konsep qarā’in melaluipemikiran tokoh aliran lain. Selain itu, sebuah kajian aplikasi al-qarā’in  dalam kalangan ulama terdahulu terutamanya para pengkritik hadith mutaqaddimīn dapat dijalankan bagi mengetahui praktikaliti perbahasan ini ketika zaman periwayatan hadith bersanad masih berjalan.

Downloads

Published

12/11/2024

How to Cite

Dzulfaidhi Hakimie Dzulraidi. (2024). AL-QARĀIN MENURUT HĀTIM AL-AWNĪ: KAJIAN TERHADAP METODOLOGI DAN APLIKASI DALAM MUQARRAR AL-TAKHRĪJ. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 402–421. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/226

Issue

Section

Articles