KAEDAH PENSABITAN JENAYAH QISAS; KAJIAN TERHADAP KES HANIF BASREE

Authors

  • Afrah Munira Yusof

Abstract

Jenayah bunuh dilihat sebagai jenayah yang amat berat. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman bunuh balas. Hukuman ini jelas dalam kedua-dua falsafah undang-undang sama ada ciptaan Allah SWT mahupun manusia. Oleh itu, untuk membuktikan sesuatu kes perlu kepada penghakiman yang sempurna bagi mencapai kebenaran dan keadilan yang dituntut. Justeru kajian ini adalah bertujuan untuk membincangkan tentang kes penghakiman Haneef Basree yang dituduh membunuh Norita berdasarkan kerangka jenayah Islam. Kajian ini berbentuk deskriptif dan komparatif, ia dilaksanakan menerusi perolehan maklumat dari data sekunder seperti alasan penghakiman dan dialog prosiding perbicaraan kes mahkamah yang diperoleh secara maya. Data mentah tersebut dianalisis secara manual. Hasil kajian mendapati bahawa dalam penghakiman kes Haneef Basree wujud persamaan dan perbezaan dengan elemen pensabitan jenayah bunuh dalam Islam. Diharapkan dapatan dari kajian ini akan dapat membantu masyarakat dalam meningkatkan pengetahuan serta kefahaman terhadap pensabitan
jenayah bunuh menurut falsafah jenayah Islam.

Downloads

Published

12/11/2024

How to Cite

Afrah Munira Yusof. (2024). KAEDAH PENSABITAN JENAYAH QISAS; KAJIAN TERHADAP KES HANIF BASREE. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 422–430. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/227

Issue

Section

Articles