ENAKMEN KELUARGA ISLAM: DI MANA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG NUSYUZ SUAMI?

Authors

  • Roselind Nadiera Talib
  • Zul-Kifli Hussin
  • Sharifah Nurulhuda S Ab Latif

Abstract

Polemik nusyuz sering berlaku antara pasangan suami isteri sehingga mampu mengakibatkan keretakan rumah tangga. Walaupun nusyuz sering dikaitkan dengan perilaku isteri yang tidak taat, namun tidak dinafikan bahawa nusyuz turut boleh berlaku dalam kalangan suami. Namun, peruntukan undang-undang berkaitan masalah nusyuz hanya berkaitan dengan perilaku isteri, namun tiada peruntukan untuk suami. Kesamaran dan ketidakseimbangan undang-undang nusyuz boleh menggugat nilai keadilan dan cenderung menganiaya para isteri sekiranya tidak diperincikan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis ruang-ruang peruntukan undang-undang nusyuz suami dalam Enakmen Keluarga Islam Perak serta mencari ketersediaan solusi dari sudut undang-undang untuk para isteri tanpa perlu melalui pembubaran perkahwinan. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur terhadap informan serta menggunakan kaedah analisis kandungan dokumen. Data seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa masih terdapat ruang dalam peruntukan undang-undang yang sedia ada bagi menangani nusyuz suami. Hal ini dapat dilakukan dengan memberikan tafsiran yang lebih meluas terhadap Seksyen 121 EKIP. Kajian mencadangkan penguatkuasaan kepada Seksyen 121 EKIP disamping hakim hendaklah memberi tafsiran yang lebih jelas terhadap seksyen tersebut.

Downloads

Published

12/11/2024

How to Cite

Roselind Nadiera Talib, Zul-Kifli Hussin, & Sharifah Nurulhuda S Ab Latif. (2024). ENAKMEN KELUARGA ISLAM: DI MANA PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG NUSYUZ SUAMI?. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 447–458. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/229

Issue

Section

Articles