KECENDERUNGAN ISTERI YANG DICERAI DALAM MENUNTUT MUT’AH
Abstract
Mut’ah ialah pemberian sagu hati yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri selepas berlakunya perceraian. Namun, realiti yang berlaku di mahkamah pada masa kini, ramai para isteri yang menuntut mut’ah dengan kadar yang melampau. Persoalannya, apakah yang menyebabkan para isteri meminta mut’ah dengan jumlah yang sangat tinggi bahkan kadangkadang jumlah yang dituntut tidak masuk akal? Oleh itu, objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti kecenderungan isteri dalam mengemukakan tuntutan mut’ah dari perspektif hakim syarie’. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dan melibatkan protokol temu bual separa struktur Bersama hakim Mahkamah Syariah. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa tuntutan mut’ah yang tinggi yang dituntut oleh isteri lebih menjurus kepada andaian bahawa jumlah tersebut adalah hak mereka yang sepatutnya diberi oleh suami. Hal ini dapat difahami dengan
merujuk kepada keputusan hakim yang menolak permohonan yang tidak munasabah itu kepada nilai yang lebih munasabah. Dapatan juga menunjukkan bahawa untuk mengelakkan daripada plaintif menuntut mut’ah dengan kadar yang tinggi, kaedah yang terbaik yang dapat diambil adalah dengan melalui kaedah sulh. Kajian ini mencadangkan agar pihak berautoriti merangka satu garis panduan dalam tuntutan nafkah mut’ah.