FAKTOR PENERIMAAN DAN PENOLAKAN HIBAH

Authors

  • Nur Haziqah Mohd Khairon
  • Zul-kifli Hussin
  • Sharifah Nurulhuda S Ab Latif

Abstract

Hibah adalah merupakan satu bentuk pemberian harta secara sukarela dalam perancangan harta pusaka umat Islam di Malaysia. Namun pemberian hibah ini seringkali dicabar di mahkamah dan menjadi isu dalam pewarisan harta di Malaysia. Kajian ini mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penerimaan dan penolakan dokumen hibah, dengan tumpuan kepada kes-kes di Mahkamah Syariah Perak. Isu permasalahan adalah kekeliruan mengenai syarat sah hibah dan kriteria yang menyebabkan dokumen tersebut ditolak. Ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat Syariah sering menimbulkan pertikaian dan penolakan. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor penerimaan dan penolakan dokumen hibah serta memahami bagaimana proses ini dapat diperbaiki. Kajian ini menggunakan metodologi dengan menggunakan pendekatan kualitatif iaitu melibatkan temubual secara separa struktur dengan hakim dan peguam syarie, kemudian data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa masalah utama yang menjadi salah satu faktor penolakkan hibah di mahkamah adalah disebabkan ketidaklengkapan dalam memenuhi rukun-rukun syarak hibah termasuklah dalam menyalahtafsirkan rukun yang wajib ada. Cadangan kajian ini adalah penyediaan garis panduan yang lebih terperinci seperti mewujudkan undang-undang hibah yang diwartakan supaya dapat membantu peguam dalam memenuhi prosedur yang telah ditetapkan dan membantu hakim membuat keputusan dengan sebaiknya iaitu keputusan yang mengikut kepada keadaan semasa.

Downloads

Published

12/11/2024

How to Cite

Nur Haziqah Mohd Khairon, Zul-kifli Hussin, & Sharifah Nurulhuda S Ab Latif. (2024). FAKTOR PENERIMAAN DAN PENOLAKAN HIBAH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 471–480. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/231

Issue

Section

Articles