KESAN EMOSI TERHADAP WANITA YANG MENJALANI RAWATAN IN-VITRO FERTILIZATION (IVF): PANDUAN MENURUT HIFZ AN-NAFS

Authors

  • Najwa Irdina
  • Zul-kifli Hussin

Abstract

Kehadiran anak membawa sinar kebahagiaan kepada pasangan, mengisi rumah tangga dengan keceriaan dan kegembiraan. Namun, impian ini dapat terhenti oleh masalah kesuburan. Bagi pasangan yang menghadapi masalah kesuburan, In-Vitro Fertilization (IVF) menjadi alternatif halal untuk memiliki anak dan menjadi harapan baharu kepada mereka. Namun, rawatan ini juga tidak menjamin pasangan pasngan memperoleh cahaya mata. Hal ini akan berkemungkinan menimbulkan tekanan emosi kepada pasangan terutamanya isteri. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan psikologi dan emosi terhadap wanita yang menjalani rawatan IVF dari perspektif hifz an-nafs. Kajian ini menggunakan metod kualitatif untuk menerangkan fenomena yang berlaku, dengan tujuan mengidentifikasi kesan psikologi dan emosi terhadap wanita yang menjalani rawatan IVF. Pengumpulan data yang relevan dengan tajuk melibatkan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa pentingnya sokongan sosial dalam meredakan tekanan perasaan dan emosi wanita ketika menjalani rawatan IVF lebih-lebih lagi apabila hasil yang diharapkan tidak kesampaian.

Downloads

Published

12/11/2024

How to Cite

Najwa Irdina, & Zul-kifli Hussin. (2024). KESAN EMOSI TERHADAP WANITA YANG MENJALANI RAWATAN IN-VITRO FERTILIZATION (IVF): PANDUAN MENURUT HIFZ AN-NAFS. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 481–492. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/232

Issue

Section

Articles