BUDI BICARA HAKIM BICARA DALAM PENGENDALIAN PERMOHONAN FASAKH
Abstract
Pembubaran perkahwinan boleh berlaku sama ada melalui persetujuan bersama ataupun melalui perintah mahkamah. Fasakh yang diperuntukkan dalam Seksyen 53 dalam Enakmen Keluarga Islam adalah pembubaran melalui perintah mahkamah. Permohonan ini banyak digunakan hampir semua negeri-negeri di Malaysia kecuali negeri Kelantan. Setiap hakim yang mengendalikan permohonan fasakh menggunakan budi bicaranya dalam membuat suatu keputusan dengan menilai keterangan-keterangan yang diberikan pihak-pihak. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pertimbangan budi bicara hakim Mahkamah Syariah dalam mengendalikan kes fasakh. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif dan data yang terlibat adalah gabungan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur bersama hakim bicara Mahkamah Syariah. Data analisis dokumen dan data temu bual dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Hasil dapatan menunjukkan bahawa pertimbangan hakim bicara dalam membuat keputusan terhadap permohonan tuntutan fasakh di mahkamah adalah melalui pembuktian zahir dan pendekatan secara adversarial berbanding inquisitorial. Oleh itu, kajian lanjutan diperlukan untuk melihat kelebihan kaedah inquisitorial dalam mengendalikan permohonan fasakh.