ANALISIS ASAS PERTIMBANGAN HAKIM BICARA TERHADAP SEKSYEN 83, ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

Authors

  • Che Natheera Abdul Azizi
  • Zul-kifli Hussin
  • Ravindran Nadarajaniii

Abstract

Tatacara penghakiman di Mahkamah Syariah berkaitan dengan kes perebutan anak oleh pasangan bercerai agak berbeza dengan perundangan sivil. Walaupun kedua-duanya mementingkan soal kebajikan kanak-kanak, namun etika perundangan syariah lebih tertumpu kepada ikatan kekeluargaan dan faktor-faktor luaran yang boleh membatalkan seseorang daripada mendapatkan hak hadhanah. Secara umum, keputusan penghakiman yang dibuat kebanyakannya menuruti precedent (duluan megikat) sepertimana yang telah dinotakan sebelumnya. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keperluan sistem inquisitorial dan pendekatan psikologi (applied psychology) dalam memutuskan soal kebajikan kanak-kanak dalam isu hadhanah. Dengan menggunakan reka bentuk kualitatif dan gabungan kaedah analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur bersama hakim bicara Mahkamah Syariah dilihat memadai untuk memperolehi data yang lengkap. Data terkumpul seterusnya dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa kaedah inquisitorial dalam mengendalikan kes-kes hadhanah lebih baik berbanding kaedah adversarial yang mana jelas mempunyai beberapa kekurangan di dalam sistem penghakiman. Penggunaan pendekatan psikologi ketika berdepan dengan kerumitan kes pula dilihat perlu dalam kes-kes yang dibicara di Mahkamah Syariah memandangkan para hakim bicara dilihat hanya mengolah bukti-bukti yang sedia ada tanpa sentuhan applied psychology (psikologi gunaan) yang mana lebih berkesan untuk mengatasi konflik berkaitan penjagaan anak seperti di negara lain. Kajian mencadangkan agar perbicaraan secara inquisitorial serta penggunaan pendekatan psikologi dijadikan asas utama dalam mengendalikan kes-kes hadhanah kerana ia dapat membantu para hakim bicara untuk lebih telus dan tepat dalam membuat keputusan.

Downloads

Published

12/11/2024

How to Cite

Che Natheera Abdul Azizi, Zul-kifli Hussin, & Ravindran Nadarajaniii. (2024). ANALISIS ASAS PERTIMBANGAN HAKIM BICARA TERHADAP SEKSYEN 83, ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 541–550. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/236

Issue

Section

Articles