ANTARA SYARAK DAN PETUA AMALAN PENYEMBELIHAN DALAM KALANGAN MASYARAKAT KADOK, KELANTAN
Abstract
Petua adalah nasihat, petunjuk atau panduan yang berguna biasanya oleh orang tua-tua atau yang berpengalaman tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dengan berkesan. Dalam masyarakat melayu khusnya di Malaysia kepegangan dengan petua dan amalan orang-orang yang terdulu tidak dapat dipisahkan. Terdapat dua aspek penting yang sering diambil kira dalam amalan sembelihan yang diamalkan oleh masyarakat melayu di Malaysia iaitu aspek yang ditetapkan oleh syarak dan aspek berasaskan petua setempat dan kedua-dua aspek ini mempengaruhi cara sembelihan yang dijalankan. Dalam isu penyembelihan syarak telah meletakkan garis panduan dalam penyembelihan haiwan dengan baik. Oleh demikian, diantara syarat-syarat kelayakan penyembelih mesti menguasai pengetahuan yang mendalam mengenai cara dan proses penyembelihan berdasarkan syarak kerana ia berkait rapat dengan isu halal dan kesihatan. Namun, terdapat sebahagian daripada para penyembelih mengutamakan petua penyembelihan berbanding dengan syarak. Perkara sedemikian akan meninggalkan kesan kepada individu yang menyembelih dan juga haiwan berkenaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keutamaan syarak berbanding petua dalam proses sembelihan yang melibatkan para penyembelih di kampung Kadok, Kelantan. Bagi mencapai tujuan tersebut kajian ini mengunakan metodologi kualitatif. Metode pengumpulan data yang digunapakai adalah analisis dokumen yang merangkumi data kepustakaan dan temu bual separa berstruktur para penyembelih. Dalam proses menganalisis data yang diperolehi metode yang digunapakai adalah analisis kandungan dokumen secara analisis tematik. Hasil kajian ini didapati bahawa para penyembelih lebih mengutamakan syarak berbanding petua dalam proses sembelihan. Rentetan itu, Kajian ini dapat membuka minda para penyembelih tentang kepentingan syarak dalam sembelihan yang menjadi asas melakukan ibadah sembelihan dan meletakkan adat petua sebagai hiasan yang melengkapkan ibadah sembelihan.