PEMBANGUNAN MODUL PENCEGAHAN KEMURUNGAN MENURUT PERSPEKTIF HADITH: SATU ANALISIS KEPERLUAN
Abstract
Kemurungan merupakan salah satu penyakit mental yang dilaporkan semakin meningkat, terutamanya dalam kalangan belia pada hari ini. Statistik kemurungan akan terus meningkat jika langkah pencegahan tidak ditekankan dengan sewajarnya. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk memberikan gambaran awal peningkatan kes kemurungan di Malaysia. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menekankan keperluan pembangunan modul pencegahan kemurungan menurut perspektif hadith. Untuk menjawab persoalan kajian, kajian ini akan menggunakan sepenuhnya pendekatan kajian keperpustakaan. Oleh yang demikian, pengkaji berharap kajian ini dapat memberikan gambaran awal berkenaan keperluan untuk membentuk modul pencegahan kemurungan dari perspektif hadith. Kajian ini juga diharapkan dapat menggalakkan kajian lanjutan kepada para pengkaji untuk membangunkan modul pencegah kemurungan dari perpsektif hadith. Melalui pembangunan modul tersebut, ianya diharap dapat memberi manfaat kepada para penghidap penyakit kemurungan, pengamal perubatan, kaunselor dan pakar psikologi dalam menangani dan mencegah penyakit kemurungan dalam kalangan umat Islam, khususnya di Malaysia.