PENDEKATAN HOLISTIK BAGI HISTERIA DARI DIMENSI PENGUBATAN ISLAM DAN PSIKIATRI MODEN
Abstract
Kajian ini meneliti pendekatan holistik dalam rawatan histeria dari dua dimensi utama iaitu pengubatan Islam dan psikiatri moden. Histeria dikategorikan sebagai gangguan psikosomatik atau gangguan konversi dalam psikiatri moden, melibatkan simptom fizikal yang tidak mempunyai punca organik yang jelas. Dalam pengubatan Islam, histeria sering dilihat sebagai gangguan yang melibatkan aspek rohani seperti ketidakseimbangan jiwa, atau gangguan makhluk halus seperti jin. Pendekatan holistik yang dibincangkan dalam kajian untuk mengumpulkan pendekatan rawatan bagi histeria melibatkan empat domain hidup iaitu biologi, psikologi, sosial dan spiritual tanpa menyalahkan pendekatan antara pengubatan Islam dan juga psikiatri moden. Hasil kajian menunjukkan bahawa gabungan antara rawatan psikologi moden dan pengubatan Islam menggembangkan lagi kaedah rawatan bagi histeria bagi mengharmonikan segala jenis pendekatan yang bersesuaian dengan syarak serta saling melengkapi dalam usaha mencapai keseimbangan kesihatan mental, emosi, dan rohani pesakit.