HADIS-HADIS GALAKAN MENDAMPINGI AL-QURAN: PEMANGKIN MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK KE ARAH PENINGKATAN SPIRITUAL

Authors

  • Hayati Hussin

Abstract

Mendampingi al-Quran dengan menghafal merupakan salah satu proses kepada penjagaan kitab suci ini daripada hilang di telan zaman. Sejarah menyaksikan terdapat ramai sahabat yang telah menghafaz al-Quran. Perkara ini jelas apabila Nabi Muhammad s.a.w. menerima wahyu baginda akan mengajarkannya kepada para sahabat. Pendekatan pengajaran al-Quran dilakukan pada masa baginda secara hafazan yang telah diaplikasikan oleh Malaikat Jibrail di dalam mengajar al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. Terdapat pelbagai hadis berkaitan kelebihan mendampingi al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan untuk menerokai keutamaan mendampingi al-Quran dan kelebihannya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif. Bentuk kajian adalah analisis tematik dan analisis kandungan untuk mengumpul data serta menganalisis hadis berkaitan kelebihan mendampingi al-Quran. Hasil kajian mendapati terdapat banyak hadis yang membicarakan tentang kelebihan mendampingi al-Quran. Kajian ini hanya membentangkan 10 buah hadis yang diambil daripada Sahih Bukhari, Muslim. Begitu juga hadis Tirmidhi dan Ibn Majah juga turut dikupas bagi mencapai objektif kertas kerja ini.Kajian ini memberi implikasi yang sangat penting kepada masyarakat dalam mendampingi al-Quran samada dengan membaca, menghafal, mentadabbur serta beramal dengan kitab suci al-Quran al-Karim.

Downloads

Published

12/13/2024

How to Cite

Hayati Hussin. (2024). HADIS-HADIS GALAKAN MENDAMPINGI AL-QURAN: PEMANGKIN MOTIVASI INTRINSIK DAN EKSTRINSIK KE ARAH PENINGKATAN SPIRITUAL. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 711–721. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/246

Issue

Section

Articles