REGULASI EMOSI DAN KEPENTINGANNYA DALAM KALANGAN IBU BAPA ANAK KURANG UPAYA

Authors

  • Zati Nazifah Abdul Rahim
  • Noornajihan Jaafar
  • Nurul Asiah Fasehah Muhamad

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk memahami teori dan konsep regulasi emosi serta kepentingannya terhadap ibu bapa yang mempunyai anak kurang upaya dengan menekankan bagaimana kemahiran mengurus emosi ini dapat menyumbang kepada kesejahteraan emosi mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan literatur dan analisis kandungan. Melalui analisis tinjauan literatur, dapatan kajian menunjukkan bahawa ibu bapa yang memiliki kemahiran regulasi emosi yang baik cenderung untuk menguruskan emosi mereka dengan lebih efektif, yang seterusnya membantu mengurangkan beban emosi dan meningkatkan daya tahan mental. Hasil analisis turut menunjukkan bahawa regulasi emosi dapat mewujudkan persekitaran keluarga yang lebih positif, sekaligus memperkukuh sokongan emosi dalam kalangan ahli keluarga dan menyumbang kepada kesejahteraan psikologi ibu bapa serta anak-anak. Kajian ini terhad kepada ulasan literatur dan tidak melibatkan data empirikal secara langsung daripada ibu bapa anak kurang upaya. Oleh itu, hasil kajian mungkin terbatas kepada pandangan teoritikal, dan penyelidikan lanjut yang melibatkan kaedah empirikal dicadangkan untuk menilai secara lebih mendalam impak regulasi emosi dalam kalangan ibu bapa anak kurang upaya. Artikel ini mencadangkan agar program intervensi, pembangunan model dan sokongan yang berfokus kepada pengurusan emosi diberikan keutamaan dalam membantu ibu bapa anak kurang upaya meningkatkan kemahiran regulasi emosi mereka agar dapat mencapai kesejahteraan yang lebih baik dan menyeluruh.

Downloads

Published

12/13/2024

How to Cite

Zati Nazifah Abdul Rahim, Noornajihan Jaafar, & Nurul Asiah Fasehah Muhamad. (2024). REGULASI EMOSI DAN KEPENTINGANNYA DALAM KALANGAN IBU BAPA ANAK KURANG UPAYA. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 722–730. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/247

Issue

Section

Articles