ANALISIS HUKUM PENYAMARAN JEMAAH HAJI DAN UMRAH SEPERTI DALAM KEADAAN BERIHRAM DENGAN TUJUAN MELAKUKAN TAWAF SUNAT DAN TAWAF WADA’

Authors

  • Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi Universiti Sains Islam Malaysia

Abstract

Artikel ini bertujuan menerangkan dan menjelaskan bagaimana kedudukan dan hukum Tawaf Wada’ serta Tawaf Sunat di Dataran Kaabah bagi jemaah haji dan umrah yang menipu memakai ihram ketika ini di Musim Endemik selepas berakhirnya Musim Pandemik Covid-19 dari justifikasi undang-undang Kerajaan Arab Saudi dan Perspektif Fiqh, al-Quran, dan Hadis Rasulullah saw. Bagi mencapai objektif penulisan ini, method keperpustakaan atau analisa dokumen digunakan untuk menganalisa semua dokumen berkaitan yang dikumpul. Dapatan kertas kerja ini mendapati hukum menunaikan Tawaf Wada’ dan Tawaf Sunat di Dataran Kaabah bagi jemaah haji dan umrah yang menipu memakai ihram ketika ini adalah haram, berdosa serta termasuk dalam adab dan akhlak Mazmumah dan dibimbangi akan menganggu kemabruran Haji dan Umrah berdasarkan Fiqh, al-Quran, hadis Rasulullah saw dan Maqasid Syariah. Manakala justifikasi dan keputusan yang diputuskan oleh Undang-undang kerajaan Arab Saudi yang membenarkan Tawaf di Dataran Kaabah hanya untuk Jemaah Haji pada Musim Haji sahaja dan Jemaah Umrah bagi yang menunaikan Ibadat Umrah sahaja adalah tepat dan selari dengan Al-Quran dan As-Sunah, Fiqh dan Maqasid Syariah bagi mengelakkan Masyaqqah, Zahmah, bersesak-sesak dan kemudharatan serta penularan Penyakit Covid-19 dan Influenza yang mana mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Diharapkan, hasil penulisan ini akan menjadi panduan dan rujukan kepada bakal-bakal jemaah Haji dan Umrah yang akan datang agar dapat mengikuti dan mentaati undang-undang Tawaf Wada’ dan Tawaf Sunat yang ditetapkan oleh Ulil’ Amri iaitu Pemerintah Kerajaan Arab Saudi dan menyakini hikmahnya dalam melaksanakan Ibadat Haji dan Umrah berdasarkan akhlak mahmudah seterusnya memperolehi Haji dan Umrah yang Mabrur.

Downloads

Published

12/13/2024

How to Cite

Hj. Lukmanul Hakim Hj. Hanafi. (2024). ANALISIS HUKUM PENYAMARAN JEMAAH HAJI DAN UMRAH SEPERTI DALAM KEADAAN BERIHRAM DENGAN TUJUAN MELAKUKAN TAWAF SUNAT DAN TAWAF WADA’. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (9th), 731–748. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/248

Issue

Section

Articles