WARGA EMAS: PERBINCANGAN USIA WARGA EMAS MELALUI ISLAM DAN BARAT SERTA PROSES PENUAANNYA
Keywords:
warga emas, usia warga emasAbstract
Penuaan merupakan suatu proses fitrah yang akan di lalui oleh semua manusia. Pelbagai bilangan usia yang di bentangkan oleh barat dan cendekiawan Islam untuk mendefinisikan usia tua. Malah terdapat perbezaan pandangan mengenai penuaan melalui kaca mata Islam dan Barat. Hakikatnya, usia tua bukanlah suatu perkara yang negatif dan pasif tetapi merupakan usia emas yang perlu di rebut oleh setiap manusia untuk di isi dengan perkara yang bermanfaat. Oleh itu, kajian ini di lakukan bagi menghimpun berkenaan usia tua yang di bawa oleh barat dan cendekiawan Islam bertujuan melihat perbezaan dan persamaan dari dua sudut kaca mata tersebut. Kajian yang berbentuk perpustakaan ini penting bagi memahami cara pandang barat dan Islam tentang usia tua. Hasil kajian menunjukkan bahawa, barat meletakan usia emas bermula ketika 65 tahun, manakala Islam pula meletakkan seawal 40 tahun sebagai permulaan usia tua. Tambahan lagi terdapat banyak kalimah dalam Bahasa Arab yang menunjukkan perbezaan setiap perkembangan warga emas. Kajian ini penting bagi memberi satu pandangan yang baru dan positif dalam memandang fasa penuaan sebagai fasa emas yang perlu di rancang dan hargai setiap detiknya.