Konsep Wasatiyah Dalam Menangani Isu Perpecahan: Analisis Terhadap Hadis Iftiraq al-Ummah
Keywords:
Wasatiyah, IftiraqAbstract
Perpecahan umat Islam dari sudut akidah kepada 73 puak telah diberitakan oleh Rasul akhir zaman melalui sebuah hadis yang dikenali sebagai hadis Iftiraq al- Ummah. Hadis ini turut menjelaskan bahawa wujudnya satu puak yang berada dalam kebenaran yang dinamakan sebagai al-Firqah al-Najiyah. Justeru itu, banyak puak yang mendakwa diri masing-masing sebagai al-Firqah al-Najiyah, sekaligus melontar kesesatan terhadap pihak yang bertentangan dan berlainan aliran. Kajian terhadap hadis ini menonjolkan ciri khusus yang dimiliki oleh al-Firqah al-Najiyah, iaitu bersifat Wasatiyyah dari sudut manhajnya. Kertas kerja ini membincangkan bagaimana ciri Wasatiyyah ini berperanan dalam menjadikan al-Firqah al-Najiyah ini terselamat daripada kesesatan, khususnya dari sudut Akidah. Wasatiyyah menghindarkan dari sifat ifrat dan tafrit atau pelampau agama. Ianya merupakan metode Ahli Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman dan sekaligus melayakkannya menjadi al-Firqah al-Najiyah sebagaimana dimaksudkan oleh hadis Iftiraq al-Ummah. Metode wasatiyyah ini dapat dijadikan sempadan dalam mengenali fahaman atau gerakan yang bercanggah dengan tuntutan syarak. Kembali kepada metode wasatiyyah dapat merapat jurang perselisihan pendapat dalam memahami agama sekaligus menjayakan penyatuan ummah. Al-Wasatiyyah hanya dapat direalisasikan dengan adanya sifat ikhlas dalam beragama. Justeru pentingnya penekanan terhadap pembentukan generasi
ikhlas melalui kaedah tasawuf yg sejati.