https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/issue/feed International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM 2022-12-21T20:50:05+08:00 Open Journal Systems
Based on history, the coming of the Prophet Muhammad has successfully transformed the faith and trust of Arab society and raised the dignity of the nation and inspire their excellence not only in the hereafter but also excellence in the world. The success achieved by the Muslims, especially in the 4-8 century emigration in various fields of knowledge is a testament to this fact.

Islam as a religion that was brought by Prophet Muhammad delivers the message of peace and tolerance across races and religious life. It corresponds to the word Islam, which means prosperity, religion küçükçekmece escort proves the full basic teachings and principles of respect among religions, tolerance, high character and rejecting any kind of violence and abuse. Hence, this conference seeks to bring together studies and research related to the topic as a guide to increase awareness of Muslims in particular and humanity in general.

The conference aims to bring together scholars to discuss issues related to the Sunnah and its function as the basis of tolerance for the welfare of all people. It also seeks to clarify the views of the outsider of the action that Islam is giving an incentive towards terrorism. This conference is also expected to take place brilliant ideas and inventions that might be useful in order to realize the greatness of the Sunnah as the basis of tolerance and prosperity.
https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/45 KONSEP WASTIYYAH DALAM PEPERANGAN: TINJAUAN TERHADAP PANDUAN NABAWI 2022-12-21T20:20:12+08:00 A. Irwan Santeri Doll Kawaid a.irwan@usim.edu.my Shumsudin Yabi shumsudin@usim.edu.my Syed Najihuddin Syed Hassan syednajihuddin@usim.edu.my
Wasatiyyah adalah salah satu ciri utama agama Islam yang menjadi salah satu prinsip asasnya dalam hal keimanan, pengibadatan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam. Ia juga adalah ciri yang menjadikan Islam agama yang dapat diterima. Peperangan atau perang ialah konflik terancang yang lazimnya berpanjangan di antara dua atau lebih negara atau aktivis bukan negara. Ia terkadang dilihat tidak dapat dielakkan dan penting dilakukan dalam keadaan tertentu, seperti pemiliharaan terhadap sesuatu Negara, bangsa atau agama. Islam, sebagai satu agama, telah melalui pelbagai jenis peperangan di awal perkembangannya. Peperangan tersebut berlaku sama ada kerana mempertahankan kesuciannya atau membalas ancaman yang besar yang ditujukan ke atasnya. Lantaran prinsipnya keadilannya, Islam terlibat dengan peperangan-peperangan tersebut berasaskan garis panduan wasatiyyah yang diambil daripada ajaran Quran dan Sunnah. Kertas kerja ini cuba melihat sudut pengaplikasian konsep wasatiyyah dalam peperangan yang diterapkan oleh umat Islam mereka dengan menjejaki panduannya daripada Sunnah Nabi SAW.
2014-11-01T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2016 Proceeding of International Prophetic Conference https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/46 BUKU ‘MUAWIYAH IBN ABI SUFYAN’ OLEH IDRUS: SATU PENILAIAN 2022-12-21T20:41:26+08:00 Muhammad Zaid Bakar Redin daruzzid_ibnubakar@yahoo.com.my A. Irwan Santeri Doll Kawaid a.irwan@usim.edu.my Shumsudin Yabi shumsudin@usim.edu.my
Peribadi Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, salah seorang sahabat Nabi SAW, adalah antara yang sangat kontroversi dalam sejarah Islam. Peribadi beliau sering mendapat perhatian para penulis dan pengkaji sejarah Islam. Kisah beliau kerap kali diungkap sama ada dalam bentuk biblografi penuh mahupun dinyatakan sebagai contoh dalam buku-buku agama. Banyak fakta dan andaian
tentang beliau yang dikemukan oleh para pengkaji dan penulis. Adakala benar dan adakalanya fakta tersebut bercanggah di antara satu sama lain. Terdapat juga fakta yang kabur atau andaian yang seakan-akan benar tapi pada hakikatnya ia jauh menyimpang daripada kebenaran. Oleh kerana itu, penulisanpenulisan seperti itu perlu disemak serta dinilai semula agar menepati kebenaran. Kertas kerja ini cuba menganalisa salah satu buku yang ditulis yang mengandungi kisah peribadi Muawiyah ibn Abi Sufyan yang ditulis dalam Bahasa Malaysia iaitu ‘Muawiyah ibn Abi Sufyan’ karangan Idrus. Tujuan analisa ini dibuat adalah untuk menyemak sumber kisah yang dibawakan dalam buku tersebut.
2014-11-11T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2022 Proceeding of International Prophetic Conference https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/47 Konsep Wasatiyah Dalam Menangani Isu Perpecahan: Analisis Terhadap Hadis Iftiraq al-Ummah 2022-12-21T20:50:05+08:00 Mohd Zohdi Amin zohdi@usim.edu.my A. Irwan Santeri Doll Kawaid a.irwan@usim.edu.my Ishak Suliaman zohdi@usim.edu.my Mohamed Akhiruddin Ibrahim akhiruddin@usim.edu.my
Perpecahan umat Islam dari sudut akidah kepada 73 puak telah diberitakan oleh Rasul akhir zaman melalui sebuah hadis yang dikenali sebagai hadis Iftiraq al- Ummah. Hadis ini turut menjelaskan bahawa wujudnya satu puak yang berada dalam kebenaran yang dinamakan sebagai al-Firqah al-Najiyah. Justeru itu, banyak puak yang mendakwa diri masing-masing sebagai al-Firqah al-Najiyah, sekaligus melontar kesesatan terhadap pihak yang bertentangan dan berlainan aliran. Kajian terhadap hadis ini menonjolkan ciri khusus yang dimiliki oleh al-Firqah al-Najiyah, iaitu bersifat Wasatiyyah dari sudut manhajnya. Kertas kerja ini membincangkan bagaimana ciri Wasatiyyah ini berperanan dalam menjadikan al-Firqah al-Najiyah ini terselamat daripada kesesatan, khususnya dari sudut Akidah. Wasatiyyah menghindarkan dari sifat ifrat dan tafrit atau pelampau agama. Ianya merupakan metode Ahli Sunnah Wal Jamaah sepanjang zaman dan sekaligus melayakkannya menjadi al-Firqah al-Najiyah sebagaimana dimaksudkan oleh hadis Iftiraq al-Ummah. Metode wasatiyyah ini dapat dijadikan sempadan dalam mengenali fahaman atau gerakan yang bercanggah dengan tuntutan syarak. Kembali kepada metode wasatiyyah dapat merapat jurang perselisihan pendapat dalam memahami agama sekaligus menjayakan penyatuan ummah. Al-Wasatiyyah hanya dapat direalisasikan dengan adanya sifat ikhlas dalam beragama. Justeru pentingnya penekanan terhadap pembentukan generasi
ikhlas melalui kaedah tasawuf yg sejati.
2014-11-11T00:00:00+08:00 Copyright (c) 2022 Proceeding of International Prophetic Conference