MENELUSURI ASPEK PEMBANGUNAN INSAN BERTERASKAN KETOKOHAN MUḤADDITHĀT PADA ZAMAN NABI SAW
Keywords:
hadis, muhaddithat , pembangunan insan , wanita, RIEJSAbstract
Muḥaddithāt merupakan golongan wanita yang bukan sahaja meriwayatkan hadis tetapi juga mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut. Golongan pertama bagi muḥaddithāt adalah para sahabat Nabi SAW dalam kalangan wanita yang sempat berjumpa dan meriwayatkan hadis secara langsung daripada baginda. Para wanita ini juga mempunyai kepakaran luar biasa dalam pelbagai bidang lain yang menyebabkan mereka layak dijadikan contoh terbaik bagi wanita pada zaman ini terutama dalam aspek pembangunan insan (PI). PI boleh digarap dalam lima aspek utama iaitu rohani, intelektual, emosi, jasmani dan sosial (RIEJS). Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu: (1) mengenal pasti ketokohan muḥaddithāt pada zaman Nabi SAW; (2) mengkaji aspek PI dalam kehidupan beberapa muḥaddithāt terpilih; dan (3) menilai kepentingan PI bagi kaum wanita agar bersedia menghadapi cabaran masa ini. Kajian ini merupakan kajian kualitatif historikal deskriptif, berdasarkan analisis teks dan dokumen. Hasil kajian menemukan beberapa faktor penting bahawa golongan muḥaddithāt mampu menjadi contoh terulung merentasi zaman, dan PI para wanita sahabiyyat ini diteladani agar kaum wanita terus diperkasakan secara adil dan saksama.