RIWAYAT PERAWI MAJHUL ANTARA PENSAHIHAN DAN PENDHAIFAN
Keywords:
jahalah, majhul, perawi,Abstract
Perawi majhul adalah perawi yang tiada kepastian tentang personaliti dan status kredibiliti
mereka dalam meriwayatkan hadis. Hal ini disebabkan tidak ditemukan komentar ulama
tentang status kredibiliti mereka dan hanya beberapa orang perawi sahaja yang meriwayatkan
daripada mereka. Ketidakpastian ini menyebabkan mereka dianggap dhaif oleh sesetengah
ulama dan begitu juga dengan riwayat yang diriwayatkan oleh mereka. Namun, terdapat juga
ulama yang menerima hadis perawi majhul dan tidak menganggap hadisnya sebagai dhaif. Hal
ini disebabkan mereka menganggap ketidakpastian tentang personaliti dan kredibitili perawi
tidak boleh dijadikan bukti tentang kedhaifan perawi. Bagi mereka, perawi mahjul hanya dinilai
dhaif jika terbukti terdapat percanggahan riwayat mereka dengan riwayat perawi yang lebih
berkerdibitili daripada mereka atau wujud kesilapan dalam riwayat mereka. Kertas kerja ini
cuba menganalisis hadis yang diriwayatkan oleh perawi majhul serta menilai pandangan ulama
terhadap status hadis-hadis tersebut.