KEISTIMEWAAN KITAB BAHR AL-MAZI OLEH SYEIKH AL-MARBAWI- SATU PENILAIAN

Authors

  • MOHD FAUZI MOHD AMIN Universiti Sains Islam Malaysia
  • ABDULLOH SALAEH Universiti Sains Islam Malaysia
  • AMRAN ABDUL HALIM Universiti Sains Islam Malaysia
  • NIDZAMUDDIN ZAKARIA Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

keistimewaan, bahr al-mazi, al-marbawi

Abstract

Kitab Bahr Al-Mazi telah disusun oleh Syeikh Idris Al-Marbawi. Sebagaimana maklum kitab Bahr Al-Maziy merupakan salah satu koleksi kitab hadith Bahasa Melayu bertulisan jawi yang unggul di Tanah Melayu. Pengarangnya ialah Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawiy seorang ulama bidang Bahasa Arab, Hadith, Tafsir dan Fiqh. Idris al-Marbawiy berjaya melaksanakan syarah terhadap Sunan al-Tarmizi secara sempurna. Kitab tersebut pertama kalinya dicetak di Mesir dalam edisi jawi pada tahun 1933M bersamaan 1352H. Antara lain, ia terdiri daripada 11 jilid, mengandungi 22 juzuk. Kitab Bahr al-Maziy mangandungi 2772 buah hadith sebagai bab dan topik perbincangan beserta 8265 masalah perbincangan yang berkitan dengan urusan dunia dan akhirat. Edisi asalnya dicetak di Mesir dengan 11 jilid yang dibahagikan kepada 22 juzuk. Kertas ini akan mengenengahkan siapakah penyusun kitab ini, metode penulisan kitab ini dan keistimewaan kitab ini. Dalam muqaddimah kitab pengarang menyatakan begitu berminat dengan kitab sunan Tirmizi kerana susunannya serta hukum syariat daripada hadith nabi dengan penjelasan daripada pandangan mazhab yang empat. Pengarang juga menyatakan guru beliau yang dikagumi dalam bidang hadith iaitu Syeikh Ibrahim al-Samaluti yang mengajar di Masjid Husain bersebelahan masjid Al-Azhar. Beliau juga menyatakan tujuan penulisan ini adalah ikhlas untuk menyebarkan kefahaman tentang hadith Rasulullah SAW, beliau juga menetapkan nama kitab ini iaitu “Bahr Al-Mazi: Li Syarh Mukhtasar Sahih Al-Tirmizi”. Selepas itu beliau menjelaskan kaedah penulisan kitab ini dan juga menjelaskan makna istilah yang digunakan oleh Imam Tirmizi seperti istilah hasan, sahih, gharib dan sebagainya. Penulisan ini berbentuk kajian perpustakaan dan merujuk kepada maklumat dalam laman web yang berkaitan. Kitab Bahr Al-Mazi merupakan kitab yang sangat bermanfaat dan rujukan utama dalam bidang hadith di Tanah Melayu.

Downloads

Published

2022-12-21

How to Cite

MOHD AMIN, M. F., SALAEH, A., ABDUL HALIM, A., & ZAKARIA, N. (2022). KEISTIMEWAAN KITAB BAHR AL-MAZI OLEH SYEIKH AL-MARBAWI- SATU PENILAIAN. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 222–229. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/23

Issue

Section

Articles