KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN HERBA MASHYUR DALAM PERUBATAN ALAM TRADISIONAL MELAYU: KAJIAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Keywords:
khasiat, keistimewaan, herba, perubatan, tradisional Melayu, al-Quran dan sunnahAbstract
Penyelidikan ini merupakan satu kajian yang khusus mengenai herba yang disebutkan dalam hadis serta analisa terhadap herba yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit dalam perubatan tradisional melayu. Herba adalah tumbuhan di mana daun, bunga atau biji digunakan untuk perasa makanan, ubat-ubatan atau menggunakan baunya yang menyenangkan untuk sesuatu produk. Kajian ini menfokuskan kaedah kajian kualitatif dengan penelitian terhadap hadis-hadis berkaitan dengan herba-herba yang direkodkan dalam hadis yang bertujuan untuk mengenal pasti khasiat dan keistimewaannya menurut perubatan tradisinal alam Melayu.