KONSEP MAKANAN SUNNAH
Keywords:
makanan sunnah, pemakanan sunnah, konsep, elemenAbstract
Makanan sunnah bukanlah istilah asing bagi masyarakat Islam di Malaysia. Penggunaan istilah tersebut sangat popular bagi mendapatkan makanan yang sihat. Hal ini seperti yang dibuktikan oleh kajian saintifik bahawa ia mendatangkan banyak manfaat kepada tubuh badan dan juga sebagai benteng terhadap sesuatu penyakit. Walaubagaimanapun, terdapat segelintir masyarakat yang tidak memahami konsep makanan sunnah malah menyempitkan konsep ini. Selain itu, terdapat juga segelintir pihak yang menggunakan istilah tersebut untuk mendapatkan keuntungan walhal makanan atau produk yang dihasilkan tidak menepati prinsip dan kriteria makanan yang terdapat dalam al-Quran dan Hadis. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji apakah konsep sebenar makanan sunnah dan bagaimana untuk mengenalinya berdasarkan kajian-kajian lepas. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menfokuskan pengertian makanan sunnah dan elemen-elemen makanan sunnah. Dalam pada itu, kajian ini menggunakan kaedah literature review dalam menganalisis kajian-kajian bertulis seperti artikel dan buku. Hasil kajian mendapati definisi makanan sunnah yang diberikan banyak merujuk kepada makanan yang kriterianya disebut dalam al-Quran atau hadis. Kajian juga menemui bahawa makanan sunnah juga tidak hanya tertumpu pada makanan sahaja tetapi ia merangkumi cara dan adab pemakanan. Oleh itu, setiap idea yang diketengah dalam kajian ini diharap memberi manfaat kepada pembaca dalam pengambilan makanan yang baik dan menghindari makanan sebaliknya.