PERSAINGAN DALAM PERNIAGAAN: ANALISA MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-QURAN DAN SUNNAH

Authors

  • Ahmad Jihaduddin Ripin @ Ariffin Universiti Sains Islam Malaysia
  • Muhammad Fawwaz Muhammad Yusoff Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

maqasid al-Quran, sunnah, objektif, konseptualisasi, persaingan, perniagaan

Abstract

Persaingan dalam perniagaan merupakan suatu perkara yang perlu ditempuhi oleh setiap mereka yang berada dalam bidang ini. Dalam menghadapi cabaran dan risiko di segenap penjuru dimensi kehidupan harian, usahawan Muslim dipandu dengan kerangka objektif menurut al-Quran dan Sunnah. Justeru, kertas ini bertujuan untuk mengenal pasti konsep di samping ayat al-Quran dan Sunnah yang dikurniakan kepada umat Nabi Muhammad SAW dalam perbahasan objektif atau maqasid berhubung persaingan dalam perniagaan. Dengan kaedah kepustakaan secara penuh, kertas ini memberi penumpuan kepada maqasid ayat al-Quran dan Sunnah dalam menjelaskan prinsip yang melingkari dunia keusahawanan. Lingkaran penelitian atau tadabbur terhadap maqasid al-Quran dan Sunnah ini merangkumi tujuh elemen utama; tujuan, konsep, kelompok, hukum, nilai, bukti dan perintah. Secara ringkasnya, pengintegrasian tujuh elemen utama tersebut dapat menyajikan prinsip persaingan dalam perniagaan seiring dengan maqasid al-Quran dan Sunnah.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Ripin @ Ariffin, A. J., & Muhammad Yusoff, M. F. (2022). PERSAINGAN DALAM PERNIAGAAN: ANALISA MENURUT PERSPEKTIF MAQASID AL-QURAN DAN SUNNAH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 260–275. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/27

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.