KONSEP WASTIYYAH DALAM PEPERANGAN: TINJAUAN TERHADAP PANDUAN NABAWI
Keywords:
wasatiyyah, peperangan, kajian hadisAbstract
Wasatiyyah adalah salah satu ciri utama agama Islam yang menjadi salah satu prinsip asasnya dalam hal keimanan, pengibadatan, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan alam. Ia juga adalah ciri yang menjadikan Islam agama yang dapat diterima. Peperangan atau perang ialah konflik terancang yang lazimnya berpanjangan di antara dua atau lebih negara atau aktivis bukan negara. Ia terkadang dilihat tidak dapat dielakkan dan penting dilakukan dalam keadaan tertentu, seperti pemiliharaan terhadap sesuatu Negara, bangsa atau agama. Islam, sebagai satu agama, telah melalui pelbagai jenis peperangan di awal perkembangannya. Peperangan tersebut berlaku sama ada kerana mempertahankan kesuciannya atau membalas ancaman yang besar yang ditujukan ke atasnya. Lantaran prinsipnya keadilannya, Islam terlibat dengan peperangan-peperangan tersebut berasaskan garis panduan wasatiyyah yang diambil daripada ajaran Quran dan Sunnah. Kertas kerja ini cuba melihat sudut pengaplikasian konsep wasatiyyah dalam peperangan yang diterapkan oleh umat Islam mereka dengan menjejaki panduannya daripada Sunnah Nabi SAW.