KONSEP TA’AWUN DALAM PENGURUSAN RUMAHTANGGA BERDASARKAN PERSPEKTIF HADIS

Authors

  • Norzulaili Mohd Ghazali Universiti Sains Islam Malaysia
  • Robiatul Adawiyah Mohd Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mesbahul Hoque Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mawaddah Abd Manan Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

ta'wun, pengurusan , rumahtangga, hadis

Abstract

Melayari kehidupan rumahtangga bukanlah semudah yang dijangkakan. Barangkali pelbagai onak dan duri yang akan ditempuhi sepanjang melayari bahtera kehidupan bersama suami isteri. Justeru, bagi memastikan objektif perkahwinan yang inginkan mawaddah dan sakinah, konsep ta’awun amat perlu diberi penekanan. Kertas kerja ini akan mengupas konsep ta’awun dalam rumahtangga sebagaimana yang telah disebut oleh Nabi SAW.  Kertas kerja ini akan mengekstrak dan menghimpunkan semua hadis berkaitan dengan ta’awun secara umum. Pengektrakan hadis ini akan memberi tumpuan kepada lafaz ta’awun yang terdapat dalam hadis. Pengekstrakan ini akan menggunakan kata kunci perkataan عاون. Seterusnya kupasan dan penjelasan bagi hadis-hadis yang telah diekstrak akan dijadikan sebagai asas dalam merangka konsep ta’awun dalam kehidupan berumahtangga. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa konsep ta’awun berdasarkan pendekatan nabi SAW  adalah wajar diterapkan dalam kehidupan berumahtangga kerana konsep ta’awun ini meliputi dimensi yang luas bukan sahaja terhas kepada kerjasama dalam pengurusan rumahtangga tetapi ia melibatkan ta’wun dalam pengurusan emosi  dan perasaan. 

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Mohd Ghazali, N., Mohd, R. A., Hoque, M., & Abd Manan, M. (2022). KONSEP TA’AWUN DALAM PENGURUSAN RUMAHTANGGA BERDASARKAN PERSPEKTIF HADIS. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 249–259. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/26

Issue

Section

Articles