PEMAKANAN SUNNAH DALAM MENGURANGKAN ISU KESIHATAN MENTAL: KAJIAN DARIPADA PERSPEKTIF HADIS

Authors

  • Siti Ainul Mardiyyah Mohd Zahid Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Latifah Abd Majid Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

pemakanan sunnah, kesihatan mental, hadis al-nabawi

Abstract

Isu kesihatan mental merupakan salah satu isu yang hangat diperkatan di seluruh dunia terutamanya di Malaysia. Kajian menunjukkan penambahan indeks kes isu kesihatan mental di Malaysia dalam pelbagai peringkat umur dan golongan masyarakat.  Isu kesihatan mental didefinisikan sebagai satu keadaan kesihatan yang melibatkan gangguan kepada pemikiran, emosi, perasaan dan tingkah laku yang sering mempengaruhi fungsi kehidupan dan menyebabkan kesukaran untuk menampung tekanan biasa dalam rutin kehidupan seseorang. Sekiranya tidak dirawat ia akan membawa impak negatif kepada fungsi sosial and kognitif individu dan masyarakat seperti gejala bunuh diri dan ‘copycat suicide’. Pelbagai rawatan dan insiatif telah dijalankan oleh pelbagai pihak sebagai langkah kesedaran dan pencegahan samada berbentuk terapi farmakologi, terapi psikososial, psikologikal, dan psikospiritual (pendekatan agama atau kerohanian). Terdapat juga rawatan -rawatan alternatif yang boleh menyumbang kepada perawatan isu kesihatan mental terutamanya faktor pemakanan.  Justeru itu, artikel ini akan membincangkan tentang peranan pemakanan sunnah dalam merawat masalah kesihatan mental berdasarkan hadis-hadis Rasulullah SAW. Kajian-kajian menunjukkan bahawa kaitan yang siginifakan anatara diet kenabian (prophetic diets) dan pengambilan makanan sunnah seperti talbinah, kurma, minyak zaitun dan lain-lain dalam mencapai kesihatan mental yang optimum. Metodologi kajian adalah berbentuk kualitatif melalui pendekatan induktif berdasarkan analisis hadis-hadis al-Nabawi, kitab-kitab syarah hadis yang muktabar serta kajian lepas seperti artikel jurnal yang berkaitan pemakanan sunnah dan diet kenabian serta kesannya terhadap kesihatan mental (spiritual) dalam kalangan masyarakat. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemakanan sunnah dapat mempengerahui kesejahteraan dan kekuatan mental seseorang individu muslim.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Mohd Zahid, S. A. M., & Abd Majid, L. (2022). PEMAKANAN SUNNAH DALAM MENGURANGKAN ISU KESIHATAN MENTAL: KAJIAN DARIPADA PERSPEKTIF HADIS. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 113–122. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/14

Issue

Section

Articles