ILMU AL-MAQAMAT: TINJAUAN DARI PERSPEKTIF HADITH
Keywords:
maqamat, tarannum, taghanni, perspektif hadisAbstract
Maqamat diterima sebagai salah satu keperluan tilawah Al-Quran. Tanpa maqamat, tilawah menjadi lembam dan tidak bermaya malahan boleh mendatang fitnah kepada kesucian Al-Quran. Seorang qari yang membaca alQuran dengan ilmu maqamat yang sebenar sedang menunjukkan kemolekan Al-Quran sesuai dengan ketinggian kalam Allah swt. Penerimaan maqamat adalah mempunyai nilai perbincangan dari perspektif Hadith. Perbahasan cendekiawan Islam dari pelbagai aspek adalah termasuk dalam perbincangan ini.