PANDUAN INTERAKSI SOSIAL DIGITAL DALAM MEDIA SOSIAL BERASASKAN KOMUNIKASI NABAWI

Authors

  • Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Universiti Malaya
  • Muhammad Hazim Mohd Azhar Universiti Malaya
  • Che Zarrina Sa'ari Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

interaksi sosial, interaksi digital, komunikasi nabawi, hadis tematik, media sosial

Abstract

Interaksi sosial konvensional yang dahulunya bersifat fizikal dan hanya dalam lingkungan yang kecil kini meluas dalam penggunaan media sosial alam digital. Pelbagai aplikasi media sosial tidak dinafikan memudahkan urusan kehidupan manusia, namun pada sisi lain turut membawa keghairahan pengguna berinteraksi secara bebas melanggar batas dan memberi mudarat kepada pengguna lain sehingga melahirkan wabak penyakit digital seperti buli siber. Sebagai mana dalam interaksi sosial konvensional, peranan agama juga perlu meresapi dalam interaksi sosial digital dalam media sosial. Nabi Muhammad SAW merupakan komunikator terbaik perlu dijadikan panduan dalam proses interaksi media sosial. Makalah ini membentangkan garis panduan umum interaksi sosial digital terutamanya dalam penggunaan media sosial dengan menjadikan beberapa hadis bertemakan komunikasi Nabawi sebagai sandaran. Penelitian ini menjalani kajian kepustakaan dengan mengaplikasikan metode mawḍū‘ī iaitu hadis tematik melalui pengumpulan beberapa hadis terpilih yang berkait dengan topik komunikasi. Panduan umum interaksi sosial digital yang dibina ini bukan sahaja menjadi seperti panduan kebiasaan yang hanya memandang faktor dan implikasi keduniaan semata-mata, bahkan mempunyai nilai kerohanian dengan menjadikan komunikasi Nabawi sebagai sandaran serta mengambil kira saranan agama yang menekankan konsep Hablu min al-Nas. Panduan ini diharap dapat diimplementasikan sebagai pengamalan interaksi sosial bagi pengguna media sosial supaya dapat membentuk ekosistem jaringan sosial yang sihat.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Syed Abdul Rahman, S. M. H., Mohd Azhar, M. H., & Sa’ari, C. Z. (2022). PANDUAN INTERAKSI SOSIAL DIGITAL DALAM MEDIA SOSIAL BERASASKAN KOMUNIKASI NABAWI. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 230–239. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/24

Issue

Section

Articles