MEMBINA PERKEMBANGAN DIMENSI SOSIAL ANAK MENURUT PERSPEKTIF AL-SUNNAH BERDASARKAN KITAB MANHAJ AL-TARBIAH AL-NABAWIYYAH LI AL-ṬIFL

ENHANCING THE DEVELOPMENT OF CHILDREN'S SOCIAL DIMENSION ACCORDING TO THE PERSPECTIVE OF AL-SUNNAH IN THE BOOK OF MANHAJ AL-TARBIAH AL-NABAWIYYAH LI AL-ṬIFL

Authors

  • Siti Noor Farahin M. Fariddudin Universiti Malaya
  • Khadijah Mohd Khambali @ Hambali Universiti Malaya
  • Syed Mohammad Hilmi Syed Abdul Rahman Universiti Malaya

Keywords:

perkembangan anak, media sosial, dimensi, sosial, al-sunnah

Abstract

Seiring dengan perkembangan dunia digital tanpa sempadan, proses melahirkan generasi Muslim kini kian mencabar termasuklah dalam pembentukan aspek sosial. Pengaruh media sosial hari ini sangat memberi kesan ke atas pembinaan jati diri dan keperibadian mereka. Sementelahan pula pendedahan sosial yang diterapkan di peringkat sekolah oleh guru semata-mata belum cukup untuk memberi kesedaran kepada anak namun menuntut komitmen ibu bapa dalam mendidik anak yang bermula sejak awal kehidupan mereka di rumah. Ibu bapa berperanan mendidik mereka kemahiran bersosial dengan cara yang sesuai agar mereka mampu berfikir secara matang untuk membezakan antara baik dan yang buruk. Walau bagaimanapun, bahan rujukan berkaitan pemantapan aspek sosial ini masih kurang dikaji khususnya dalam konteks perspektif al-Sunnah meskipun Rasulullah SAW telah memberikan garis panduan secukupnya untuk diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Oleh yang demikian, kajian ini merungkai beberapa asas untuk merangsang dimensi sosial dalam diri anak menurut al-Sunnah seperti yang dibincangkan dalam kitab Manḥaj al-Tarbiah al-Nabawiyyah li al-Ṭifl karangan Muḥammad Nur ‘Abd. Al-Hāfiẓ Suwayd. Metodologi yang digunakan dalam pengumpulan data ialah kajian teks dan dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif dan takhrij al-hadith. Hasil kajian mendapati terdapat lapan asas yang amat signifikan untuk diimplementasikan oleh para ibu bapa dalam proses membantu perkembangan sosial anak bagi mencapai keseimbangan dalam kehidupannya seterusnya mempunyai keyakinan diri dalam menongkah arus kemodenan ini.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

M. Fariddudin, S. N. F., Mohd Khambali @ Hambali, K., & Syed Abdul Rahman, S. M. H. (2022). MEMBINA PERKEMBANGAN DIMENSI SOSIAL ANAK MENURUT PERSPEKTIF AL-SUNNAH BERDASARKAN KITAB MANHAJ AL-TARBIAH AL-NABAWIYYAH LI AL-ṬIFL: ENHANCING THE DEVELOPMENT OF CHILDREN’S SOCIAL DIMENSION ACCORDING TO THE PERSPECTIVE OF AL-SUNNAH IN THE BOOK OF MANHAJ AL-TARBIAH AL-NABAWIYYAH LI AL-ṬIFL. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 136–151. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/16

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 5 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.