KEBERKESANAN RUANG TERAPI MINDA ALUNAN AL-QURAN DENGAN BUNYIAN ALAM TABIE DI SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN MASALAH KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN REMAJA

Authors

  • Alifah Maisarah Halim Universiti Sains Islam Malaysia
  • Nurin Safwani Abdul Rahim Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohd Zamrus Mohd Ali Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

terapi minda, kesihatan mental, remaja sekolah, alunan al-quran

Abstract

Kesihatan mental dalam kalangan remaja di Malaysia semakin menunjukkan peningkatan . Hasil kajian oleh bahagian Kesihatan dan Mobiliti Kebangsaan pada tahun 2017 menunjukkan 1 nisbah 5 orang remaja antara 13 tahun hingga 17 tahun mengalami kemurungan, dua nisbah lima orang mengalami keresahan dan satu nisbah sepuluh mengalami tekanan perasaan. Banyak kaedah penyelesaian dan cara mengurangkan kesihatan mental ini diketengahkan seperti sesi kaunseling, beriadah atau sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar bersama keluarga atau rakan-rakan. Kajian ini mencadangkan penggunaan alunan ayat al-Quran yang digabungkan dengan bunyian alam tabie seperti ombak, hujan, sungai dan unggas sebagai alternatif kepada kaedah-kaedah lain dengan alat bantuan pandang dengar 3D iaitu virtual reality (VR). Kajian juga mencadangkan agar penggunaannya diletakkan di ruangan atau bilik khas di sekolah-sekolah menengah khususnya untuk memberi keselesaan kepada remaja sekolah yang mengalami masalah kesihatan mental. Berdasarkan kajian soal selidik dan temubual, maklumat yang diketengahkan kelak akan memberi fokus kepada keberkesanan dan penerimaan kaedah ini oleh kumpulan sasaran dalam mengurangkan masalah kesihatan mental yang dihadapi. Dapatan utama menjangkakan kaedah ini membantu mengurangkan risiko yang lebih teruk kepada remaja yang bermasalah serta mampu menarik minat mereka untuk hadir ke sekolah. Kesimpulan yang diperolehi menunjukkan bahawa bacaan al-Quran mampu mengurangkan tekanan perasaan serta masalah kesihatan mental yang lain dan keutamaan harus diberikan bagaimana bacaan al-Quran itu dihayati kerana ia memberikan impak yang lebih positif.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Halim, A. M., Abdul Rahim, N. S., & Mohd Ali, M. Z. (2022). KEBERKESANAN RUANG TERAPI MINDA ALUNAN AL-QURAN DENGAN BUNYIAN ALAM TABIE DI SEKOLAH-SEKOLAH UNTUK MENGURANGKAN MASALAH KESIHATAN MENTAL DALAM KALANGAN REMAJA. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 376–385. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/37

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.