BUKU ‘MUAWIYAH IBN ABI SUFYAN’ OLEH IDRUS: SATU PENILAIAN
Keywords:
Muawiyah, Idrus, sahabatAbstract
Peribadi Muawiyah ibn Abi Sufyan RA, salah seorang sahabat Nabi SAW, adalah antara yang sangat kontroversi dalam sejarah Islam. Peribadi beliau sering mendapat perhatian para penulis dan pengkaji sejarah Islam. Kisah beliau kerap kali diungkap sama ada dalam bentuk biblografi penuh mahupun dinyatakan sebagai contoh dalam buku-buku agama. Banyak fakta dan andaian
tentang beliau yang dikemukan oleh para pengkaji dan penulis. Adakala benar dan adakalanya fakta tersebut bercanggah di antara satu sama lain. Terdapat juga fakta yang kabur atau andaian yang seakan-akan benar tapi pada hakikatnya ia jauh menyimpang daripada kebenaran. Oleh kerana itu, penulisanpenulisan seperti itu perlu disemak serta dinilai semula agar menepati kebenaran. Kertas kerja ini cuba menganalisa salah satu buku yang ditulis yang mengandungi kisah peribadi Muawiyah ibn Abi Sufyan yang ditulis dalam Bahasa Malaysia iaitu ‘Muawiyah ibn Abi Sufyan’ karangan Idrus. Tujuan analisa ini dibuat adalah untuk menyemak sumber kisah yang dibawakan dalam buku tersebut.