PENDEKATAN AL-SUNNAH DALAM MENDEPANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR: KAJIAN TERHADAP KUTUB SITTAH

Authors

  • Abdul Halim Remly Universiti Sains Islam Malaysia
  • Amran Abdul Halim Universiti Sains Islam Malaysia
  • Ahmad Sanusi Azmi Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

disiplin, keruntuhan akhlak, nasihat, rotan

Abstract

Masalah disiplin dalam kalangan pelajar sering menjadi tajuk perbincangan hangat oleh banyak pihak. Menurut Kamus Dewan, disiplin bermaksud latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. Keruntuhan disiplin dalam kalangan pelajar sekolah pada hari ini banyak memberi kesan negatif kepada sistem pendidikan negara.    Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti masalah disiplin pelajar serta jalan penyelesaiannya menurut acuan kenabian. Kajian ini menfokuskan kaedah kajian kualitatif dengan penelitian terhadap hadis-hadis yang berkaitan dengan sahsiah serta kelebihan mengamalkan nilai-nilai murni. Hasilnya, setiap masalah disiplin yang sering berlaku dalam kalangan pelajar seperti merokok, peras ugut, masalah ketagihan dan ponteng sekolah mempunyai jalan penyelesaiannya yang bertepatan dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Remly, A. H., Abdul Halim, A., & Azmi, A. S. (2022). PENDEKATAN AL-SUNNAH DALAM MENDEPANI MASALAH DISIPLIN PELAJAR: KAJIAN TERHADAP KUTUB SITTAH. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 152–161. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/17

Issue

Section

Articles