ANALISIS PENGAPLIKASIAN PELAJAR TERHADAP PERISIAN MAKTABAH SYAMILAH DALAM PENGAJIAN HADIS

Authors

  • Zainora Daud Universiti Sains Islam Malaysia
  • Norazman Alias Universiti Sains Islam Malaysia
  • Rabaatul Adawiyah Junus Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

pengaplikasian, perisian, maktabah syamilah, pengajian , hadis

Abstract

Hadis memainkan peranan yang sangat penting sebagai sumber perundangan syariat kedua selepas al-Quran. Oleh kerana itu, pengajian hadis sangat penting kerana penguasaan ilmu ini akan memberi implikasi yang besar dalam sandaran hukum-hukum fiqh serta pentafsiran ayat al-Quran. Maka displin ilmu hadis atau ulum hadis diperlukan dalam pengkelasan hadis dari aspek sumber rujukan, jumlah periwayat, kebolehpercayaan serta ingatan periwayat, rantaian, rupa teks dan isnad bagi menentukan kualiti keshahihan sesuatu hadis kerana hadis melibatkan periwayatan dan rantaian penyampai yang panjang. Namun begitu, kepesatan teknologi dalam bidang pendidikan Islam khususnya ilmu hadis telah mempelbagaikan medium pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mudah dan berkesan dalam proses perolehan sumber-sumber rujukan arab seperti perisian Maktabah Syamilah yang berfungsi sebagai perpustakaan digital memuatkan ribuan buku teks arab sehingga menjadi mesra pelangan dari aspek fasiliti serta masa. Lantaran itu, objektif kajian ini adalah untuk meninjau serta menganalisis tahap pengaplikasian perisian Maktabah Syamilah dalam pembelajaran hadis. Metodologi kajian berbentuk kajian kuantitatif melalui instrumen set soal selidik yang telah diedarkan kepada 132 pelajar tahun akhir, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan perisian Maktabah Syamilah dalam bidang pembelajaran hadis pada tahap memuaskan. Bahkan semua pelajar memahami bahawa perisian Maktabah Syamilah sangat diperlukan dalam bidang pengajian hadis bagi memudahkan proses perolehan buku-buku rujukan serta sangat membantu dalam menyelesaikan tugasan-tugasan ilmiah. Kesimpulannya, para pelajar perlu memiliki pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam menggunakan perisian serta teknologi dalam bidang pengajian hadis bagi mendepani revolusi perindustrian 4.0, sekaligus fasiliti ini akan meningkatkan minat dan penguasaan yang baik terhadap semua bidang pengajian Islam.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Daud, Z., Alias, N., & Junus, R. A. (2022). ANALISIS PENGAPLIKASIAN PELAJAR TERHADAP PERISIAN MAKTABAH SYAMILAH DALAM PENGAJIAN HADIS. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 284–297. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/29

Issue

Section

Articles

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.