PERWALIAN DAN ISU BERKAITAN DENGANNYA MENURUT SYARAK DAN PERUNDANGAN ISLAM DI MALAYSIA
Keywords:
perwalian, langkau wali, wali hakim, faraq , syarak, perundangan IslamAbstract
Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan konsep perwalian dan isu berkaitan dengannya menurut syarak dan perundangan Islam di Malaysia. Secara umumnya, wali merupakan salah satu rukun terpenting dalam perkahwinan. Tanpa wali, maka sesebuah perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Para ulama’ telah menggariskan bahawa, bidang kuasa kepada wali untuk menikahkan orang yang di bawah tanggungjawabnya perlu mengikut tertib wali yang betul. Hal ini kerana, kuasa tersebut tidak boleh berpindah kepada orang lain selagi mana wali yang berada di kedudukan awal masih hidup dan mampu melaksanakan tanggungjawab sebagai wali. Jika berlaku langkau dalam turutan perwalian, sesuatu perkahwinan perlu difaraqkan. Kajian ini akan membincangkan berkaitan definisi, pensyariatan dan susunan perwalian serta isu langkau wali dan kesannya terhadap perkahwinan. Pengkaji juga akan membincangkan konsep wali hakim dan beberapa kes yang dilaporkan di Mahkamah berkaitan perwalian. Isu berkaitan perwalian ini perlulah didedahkan sebaik mungkin khususnya bagi pasangan yang akan berkahwin dan pihak berwajib agar perkahwinan yang dibina adalah sah di sisi syarak dan undang-undang.