KONSEP PERKAHWINAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA

Authors

  • Wan Abdul Fattah Wan Ismail Universiti Sains Islam Malaysia
  • Syh NoorulMadihah Syed Husin Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Ahmad Syukran Baharuddin Universiti Sains Islam Malaysia
  • Lukman Abdul Mutalib Universiti Sains Islam Malaysia
  • Zulfaqar Mamat Universiti Sains Islam Malaysia
  • Mohamad Aniq Aiman Alias Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

perkahwinan, fiqh, perundangan Islam, syarak

Abstract

Perkahwinan adalah salah satu ibadah dan ia nya merupakan asas kepada kewujudan sesebuah keluarga, masyarakat dan seterusnya pembentukan negara. Selain itu, perkahwinan juga adalah suatu tuntutan agama dalam meraikan fitrah semula jadi penciptaan manusia untuk hidup secara berpasang-pasangan. Dalam Islam, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah mengetahui akan syarat-syarat, rukun-rukun dan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan agar ikatan perkahwinan yang dibina sah di sisi Syarak dan undang-undang. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan secara terperinci berkenaan konsep perkahwinan menurut fiqh dan perundangan Islam, pensyariatan perkahwinan menurut fiqh, hukum berkahwin, perbahasan berkenaan rukun dan syarat-syarat nikah menurut fiqh dan perundangan Islam dan beberapa isu-isu terpilih dalam bab perkahwinan seperti perwalian, poligami dan faraq juga turut dibincangkan. Diharapkan kertas kerja ini akan memberi pendedahan sewajarnya berkaitan konsep perkahwinan menurut fiqh dan perundangan Islam, dan perbahasan-perbahasan yang berkaitan dengan bab perkahwinan.

Downloads

Published

12/21/2022

How to Cite

Wan Ismail, W. A. F., Syed Husin, S. N., Baharuddin, A. S., Abdul Mutalib, L., Mamat, Z., & Alias, M. A. A. (2022). KONSEP PERKAHWINAN MENURUT PERSPEKTIF FIQH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DI MALAYSIA. International Prophetic Conference (SWAN) FPQS USIM, (8th), 14–28. Retrieved from https://swanfpqs.usim.edu.my/index.php/conference/article/view/6

Issue

Section

Articles