SENI MENDIDIK GENERASI Z DAN ALPHA BERPANDUKAN SUNNAH
Keywords:
generasi z dan generasi alpha , seni mendidik, sunnahAbstract
Cabaran mendidik generasi alaf baharu yang terdiri daripada generasi Z dan generasi Alpha menuntut kepada tahap kesungguhan, kesabaran dan seni mendidik yang bersesuaian. Hal ini demikian kerana, generasi Z merupakan generasi yang lahir antara tahun 1997 hingga 2010, ketika teknologi sudah berkembang pesat dan majoritinya memiliki telefon bimbit. Sedangkan, generasi Alpha pula adalah generasi yang lahir pada tahun 2010 hingga 2025. Generasi ini telah mengenal gajet dan familiar menggunakan teknologi canggih walaupun pada usia yang sangat muda. Seni mendidik yang efektif diperlukan bagi melenturi jiwa anak-anak muda berlandaskan sunnah Nabi Muhammad SAW. Justeru, beberapa seni dan teknik yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW seperti teknik sentuhan, teknik menegur dengan menerangkan, teknik menyelesaikan masalah, teknik memberikan pujian, teknik memelihara maruah, teknik kecindan, , teknik beriadah, teknik adil dan saksama dan teknik didik hibur berlandaskan sunnah Nabi Muhammad SAW. Metodologi kajian yang digunakan adalah secara analisis dokumen melalui buku-buku rujukan, jurnal, akhbar, artikel, ensiklopedia dan bahan bacaan di perpustakaan. Kesimpulannya, seni mendidik gaya Rasulullah SAW sangat berimpak dan relevan dipraktikkan kepada pelbagai generasi. Rasulullah SAW adalah pendidik unggul yang paling berjaya dalam menyampaikan pengajaran secara menyeluruh merangkumi perkara kognitif, efektif dan psikomotor. Perkara ini juga jelas terbukti apabila Nabi Muhammad SAW diletakkan pada kedudukan nombor satu oleh pengkaji Barat, Micheal Hart sebagai satu-satunya pemimpin dan pendidik yang berjaya memberikan inspirasi dan amat istimewa buat seluruh manusia untuk diteladani dan dicontohi.